KEHADIRAN kanak-kanak di ruang awam seperti surau mahupun tandas sering dianggap perkara biasa, namun ia boleh menjadi isu apabila melibatkan batas aurat dan privasi khususnya di kawasan yang dikhaskan untuk wanita.
Situasi ini menuntut kepekaan ibu bapa agar tidak menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan pengguna lain.
Perkara tersebut dibangkitkan oleh seorang wanita yang meluahkan rasa tidak puas hati selepas melihat seorang ibu membawa anak lelaki yang dianggarkan berusia sekitar 10 hingga 11 tahun masuk ke surau wanita.
Pendedahan terhadap gajet tanpa kawalan ibu bapa memudahkan anak kecil mengakses laman yang tidak sepatutnya. -Gambar hiasan






