PELAKON Fazura tidak dapat menyembunyikan rasa terkilan selepas menonton video tular yang memaparkan anaknya, Nur Fatima Aisya didakwa menerima layanan kurang mesra ketika majlis perkahwinan bekas suaminya pada Oktober tahun lalu.
Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 43, memberitahu itu merupakan kali pertama dia melihat rakaman tersebut dan apa yang disaksikan benar-benar mengejutkan serta menyentuh perasaannya sebagai seorang ibu serta tidak selayaknya anak kecil itu diperlakukan sedemikian.
“Siapa di sini pandai baca gerak bibir? Yang kiri sekali tu cakap apa? “Biar je dia kat situ?”… Dia (Fatima) bukan objek, dia anak saya.

Fazura memberi respons terhadap sebuah hantaran di Threads.






