ISTERI kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan swasta di Damansara, Selangor pada Isnin.
Berita gembira itu disahkan sendiri oleh Shuib atau Shahmira Muhammad, 42, yang memaklumkan isterinya melahirkan cahaya mata sulung mereka pada pukul 3.47 petang.
“Alhamdulillah, Isnin 6 April 2026 tepat pukul 3.47 petang lahirnya puteri daddy (panggilan Shuib) dan mummy (panggilan Watie).

Shuib bersyukur Watie (kiri) selamat melahirkan bayi perempuan mereka.






