BELUM pun memulakan pertandingan dalam program realiti Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) penyanyi Ani Maiyuni sudah mencuri perhatian apabila mengalirkan air mata selepas anaknya, Viviana, membuat persembahan pada majlis sidang media.
Menurut Ani atau nama sebenarnya Aishah An-Nur Osman, 47, dia mengakui dirinya seorang yang sangat sensitif, lebih-lebih lagi apabila melibatkan anak tersayang.
"Saya memang seorang yang sangat cengeng. Cuba tanya anak saya, dari sekolah rendah sampai universiti, dia ambil anugerah pelajar terbaik pun saya tak pernah datang.

Ani dan anaknya, Viviana.






