PELAKON Fasha Sandha memberitahu dia langsung tidak pernah menyimpan perasaan sedih mahupun kesal kerana terpaksa membesar tanpa kehadiran seorang bapa.
Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 42, berkata biarpun realiti kehidupannya tidak semewah orang lain, namun dia menyifatkan perjalanan yang dilalui tetap indah kerana dikelilingi oleh ahli keluarga yang sentiasa memberi kasih sayang.
“Seperti yang semua tahu, saya tidak mendapat kasih sayang seorang ayah sejak kecil dan saya tidak pernah merungut, bersedih atau menyesal kerana kehidupan saya penuh dengan warna-warna indah walaupun tanpa seorang ayah.

Fasha ditemui semasa Rumah Terbuka Kopi Saigon.





