PERSONALITI media sosial, Alieff Irfan kini semakin menempa nama dalam industri hiburan selepas diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pelakon menerusi filem terbaharu terbitan Metrowealth (MIG) berjudul Jangkar.
Walaupun langkahnya dalam dunia lakonan semakin mendapat perhatian, Alieff atau Muhd Aliff Irfan Aziki, 29, menegaskan bahawa dia tidak sesekali akan meninggalkan kerjaya asalnya sebagai pencipta kandungan (YouTuber).
Menurut Alieff, biarpun bidang lakonan menawarkan pengalaman berbeza, jiwanya sudah sebati dengan platform YouTube yang menaikkan namanya selama ini.

Alieff tidak akan meninggalkan kerjaya hakikinya.





