PENYANYI Adira Suhaimi lebih selesa untuk tidak terlalu berkongsi mengenai hubungan cintanya dengan seorang jejaka misteri kepada umum.
Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 35, bagaimanapun tidak menafikan lelaki berkenaan merupakan individu yang istimewa dalam hidupnya ketika ini.
"Boleh dikatakan istimewa, sebab saya pun jarang kongsi mana-mana lelaki. Jadi saya minta doakan yang terbaik," katanya kepada mStar.

Adira selesa sorok wajah kekasih hati.
Adira dalam fasa bahagia.



