PELAKON Norman Hakim mengakui bangga dan terharu apabila anak bongsu hasil perkahwinan bersama bekas isteri, Abby Abadi iaitu Maria Danisha Hakim memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang diumumkan baru-baru ini.
Kejayaan Danisha, 18, itu dianggap sebagai satu pencapaian yang sangat bermakna buat seluruh keluarga memandangkan remaja itu menunjukkan kesungguhan yang luar biasa sepanjang tempoh pengajiannya.
Norman menyifatkan setiap titisan peluh dan usaha secara senyap anaknya itu akhirnya membuahkan hasil yang manis buat mereka sekeluarga.
Danisha meraih keputusan cemerlang pada SPM 2025.

Abby dan Norman sentiasa memberikan yang terbaik buat Danisha. 



