DALAM sebuah perkahwinan, penyatuan dua hati bukan sekadar melibatkan pasangan suami isteri tetapi keluarga kedua-dua belah pihak.
Namun tidak semua ikatan pernikahan indah seperti diimpikan lebih-lebih lagi wujud jurang yang sukar dirapatkan, sebagaimana perkongsian seorang individu ini di laman sosial.
Dalam hantarannya, dia meluahkan rasa simpati terhadap nasib kakaknya yang menjadi mangsa sindirian setiap kali pulang ke kampung sebelah suami hanya disebabkan tidak fasih bertutur dalam loghat negeri Kelantan.

Tidak dinafikan perbezaan latar belakang dan budaya menjadi jurang dalam sesebuah perkahwinan. -Gambar hiasan AI






