SEAKAN-AKAN memahami luahan hati anak bongsunya, pelakon Norman Hakim meluahkan rasa bangga dan syukur atas kejayaan cemerlang Maria Danisha dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon, 50, berkata dia menyedari setiap usaha yang dicurahkan anaknya sepanjang menghadapi peperiksaan tersebut.
“Papa (nama panggilan Norman) benar-benar minta maaf jika pernah membuatkan kamu rasa tidak dipedulikan. Tetapi ketahuilah, papa nampak kamu.

Norman bangga dengan kejayaan Danisha.






