KOLABORASI nyanyian Eda Azrin dan Den Manjo dalam lagu Cinta Setandan Pisang mendapat sambutan baik dalam kalangan peminat muzik.
Susulan itu komposernya iaitu Eddie Hamid tampil dengan sebuah karya baharu berjudul Adek Saye Abe Sore yang merupakan kesinambungan lagu sebelum ini.
Meskipun mengambil masa untuk disiapkan, Eddie memberitahu dia sanggup menunggu kerana lagu tersebut dicipta khas buat Eda dan Den.

Eddie (kanan) hasilkan lagu khas buat Eda.






