HAMPIR lima tahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana kini sah bercerai talak satu pada Khamis.
Yusuf melafazkan talak terhadap Zizi dihadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor iaitu Mohd Saifullah Hamzah.
Perkara tersebut dimaklumkan peguam mewakili Zizi atau Nur Fazelah Mad Tahil, 41, yang dikenali sebagai Haiza.

Zizi dan Yusuf berpisah secara baik.






