SPEKULASI mengenai keretakan rumah tangga pasangan selebriti, Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana terus menjadi perhatian ramai.
Ia susulan kemunculan Yusuf atau Muhammad Yusuf Bahrin, 34, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor pada pukul 8.40 pagi.
Yusuf dilihat hadir memakai sut hitam bersama pembantu peribadinya.

Yusuf sempat menyapa media di mahkamah.






