PELAKON Datuk Remy Ishak tampil memberi penjelasan berhubung tindakannya meninggalkan komen emoji "love eyes" pada hantaran selfie milik pelakon Indonesia, Aghniny Haque yang sebelum ini mencetuskan perbualan dalam kalangan netizen.
Menurut Remy atau Mohammad Zalimei Ishak, 43, segala pergerakan yang dilakukan akan diketahui oleh isterinya, Datin Ezza Yusof dan tiada rahsia antara mereka.
“Isteri saya adalah orang yang paling tahu semua benda fasal saya. Isteri saya pun tertanya-tanya kenapa mereka (netizen) ini begitu pelik.







