RAMAI ibu bapa berkongsi kegembiraan di media sosial selepas anak masing-masing memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada Selasa.
Di Threads, seorang wanita dikenali sebagai Ilahamza turut tular selepas berkongsi rakaman [Tonton Video] sewaktu anaknya membuat semakan keputusan SPM secara dalam talian.
Apa yang mencuri perhatian, remaja perempuan itu terlebih dahulu memohon maaf kepada ibu bapanya sebelum membuat semakan kerana bimbang memperoleh keputusan yang mengecewakan.

Perkongsian ibu pelajar itu di aplikasi Thread dihujani dengan ucapan tahniah daripada netizen.





