Viral

Cinta sampai mati… Wanita ini pendam rasa sakit dinamakan dengan nama arwah isteri bapa – “Anak-anak di sana benci mak saya”

SEORANG wanita meluahkan kisah hidupnya yang cukup menyentuh hati apabila terpaksa memikul beban perasaan sejak lahir kerana perlu ‘menetap’ dalam identiti arwah isteri pertama bapanya.

Tanpa mendedahkan identiti, wanita ini membuka helaian duka tentang sejarah di sebalik namanya yang sehingga kini masih meninggalkan tanda tanya yang tidak berpenghujung.

Kisahnya bermula selepas bapanya berkahwin dengan ibunya, dua tahun selepas pemergian isteri pertama.

Namun, apabila dia dilahirkan, bapa memilih untuk menamakan dia sepenuhnya dengan nama arwah isteri terdahulu.

“Ayah kahwin dengan mak lepas dua tahun isteri pertamanya meninggal. Kemudian saya lahir. Nama penuh saya adalah nama arwah isteri pertama ayah saya. Adakah mak reda?

Seorang suami perlu berlaku adil jika mahu berpoligami. -Gambar hiasan

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh