BENARLAH satu perkataan sudah cukup membuatkan sesiapa sahaja terkesan bukan sahaja emosi tetapi keyakinan diri.
Bagi seorang gadis, kata-kata menggores hati yang keluar daripada mulut gurunya sendiri sudah cukup membuatkan dia terkesan sehingga ke hari ini.
Imbaunya, kejadian berlaku ketika dia berada di Tahun Empat apabila guru tersebut bertanya kepada murid-murid tentang pengalaman menaiki kapal terbang.






