USAHAWAN Asyraf Khalid tampil memohon maaf kepada pelakon Fazura susulan kenyataan yang dibuatnya sebelum ini mengenai rumah tangga aktres berkenaan.
Menurut Asyraf, 34, pertemuan mereka di majlis pertunangan pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Sabtu memberi peluang kepadanya untuk menyampaikan permohonan maaf itu secara peribadi.
“Mungkin dia juga terkesan dengan apa yang saya katakan terutamanya kerana kami mengenali antara satu sama lain sebelum ini berlaku.

Perkongsian Asyraf di Threads miliknya.





