SEIRING peredaran zaman, kemeriahan Aidilfitri kini dilihat semakin pudar apabila tradisi ziarah-menziarahi semakin dilupakan masyarakat.
Kisah sayu ini dikongsikan oleh seorang wanita yang terkilan tentang layanan dingin segelintir tuan rumah terhadap tetamu cilik.
Semuanya bermula apabila sekumpulan lima orang kanak-kanak singgah ke rumahnya untuk beraya, namun apa yang diceritakan mereka benar-benar meruntun jiwa.





