LEGENDA golf terkenal dunia, Tiger Woods ditahan dan didakwa atas kesalahan memandu di bawah pengaruh (DUI) ‘bahan tertentu’ selepas terlibat dalam kemalangan hingga kenderaannya terbalik di Florida pada Jumaat.
Sheriff Daerah Martin, John Budensiek berkata insiden itu berlaku berhampiran kediaman Woods, 50, di Jupiter Island apabila kenderaan dipandunya hilang kawalan sebelum terbalik di jalan dua lorong kawasan perumahan.
Tambah John, kenderaan dipandu Woods bergesel dengan sebuah trak ketika cuba memotong sebelum terbalik.





