PELAKON Bella Astillah,32, mengikat tali pertunangan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman,34, dalam sebuah majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu.
Majlis yang diadakan sekitar tiga petang itu dihadiri kira-kira 150 tetamu terdiri daripada ahli keluarga serta rakan terdekat kedua-dua belah pihak.
Dalam majlis berkenaan, Syed Saddiq menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada Bella.

Syed Saddiq sebelum ini melamar Bella di Gunung Kinabalu.






