TIADA angin tiada ribut, abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu Space Dollah seakan-akan memberi bayangan mengenai status hubungan adiknya bersama pelakon dan penyanyi, Bella Astillah.
Ini susulan tindakan Space Dollah atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Abdul Rahman yang meluahkan rasa penghargaan serta mengalu-alukan kehadiran Bella ke dalam keluarga mereka menerusi satu rakaman video yang tular di media sosial.
"Saya hargai awak. Saya sayang awak. Selamat datang ke ke… baru nak cakap selamat datang ke keluarga, eh," katanya memetik laporan Astro Gempak.

Hubungan Dollah dan Bella sememangnya rapat.

Peminat menantikan hari bahagia Bella dan Syed Saddiq.



