HANTARAN terbaharu penyanyi Nubhan mengenai percutiannya di Vietnam mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen sehingga mengundang pelbagai spekulasi.
Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahmad, 40, dilihat memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan dirinya bersama seorang wanita.
Menerusi tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa wanita berkenaan kelihatan jauh lebih berusia sehingga ada yang membuat tuduhan melampau kononnya penyanyi itu telah disihir.

Nubhan dikatakan bercuti bersama kawan-kawan.






