PENGARAH Nazifdin Nasrudin menyifatkan kritikan dan kecaman segelintir netizen terhadap filem sulung arahannya, Malaikat Malam sebagai satu proses pembelajaran dan tidak menggoyahkan semangatnya.
Nazifdin berkata, dia tidak berasa tertekan dengan maklum balas negatif tersebut, malah menganggap pengalamannya sepanjang berada dalam industri seni telah mematangkan dirinya untuk berdepan dengan situasi itu.
“Saya ada baca kritikan mereka terhadap filem ini, tapi saya tidak berasa ‘down’ pun. Sepanjang beberapa tahun dalam industri, saya pernah kena lebih teruk daripada ini.

Nazifdin mohon maaf sekiranya tidak dapat memuaskan hati penonton.






