NIAT meluangkan masa bersama anak saudara lelaki bertukar mimpi buruk buat wanita ini apabila kanak-kanak terbabit berani merabanya ketika tidur.
Apa lebih membimbangkan, perlakuan itu dilakukan oleh anak saudaranya yang baru sahaja berusia lima tahun.
“Semasa aku tidur dengan anak saudara, dia raba-raba aku.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
“Dia selak baju aku dan pegang dada tapi sempat tepis sebab terkejut,” luahnya di Threads.

Penggunaan gajet di awal usia menyebabkan kanak-kanak terdedah pada kegiatan tidak bermoral. -Gambar hiasan
Menurutnya lagi, insiden tersebut tidak terhenti begitu sahaja walaupun dia sudah menepis tangan kanak-kanak itu dan kembali tidur.
Ia selepas anak saudaranya terbabit menarik seluarnya pula dan cuba untuk menyentuh bahagian sulitnya.
“Aku tidur balik lepas tepis tangan dia tapi masih terasa sesuatu tarik seluar pula.
“Rupanya dia nak selak seluar aku. Dia nak pegang juga tapi tak sempat sebab aku tepis sekali lagi,” katanya yang terkejut dengan sikap kanak-kanak tersebut.
- Wanita terkejut anak saudara lelaki usia lima tahun bertindak kurang sopan ketika tidur bersama.
- Kanak-kanak didakwa selak baju dan cuba sentuh bahagian sensitif.
- Perbuatan berulang apabila cuba tarik seluar sebelum ditepis.
- Wanita selimutkan diri kerana bimbang kejadian berulang.
- Netizen tekankan pendidikan sentuhan selamat dan nasihat maklumkan ibu bapa.
Bimbang kejadian sama berulang, dia kemudiannya menarik selimut dan membalut tubuhnya sebagai cara mengelak kanak-kanak itu cuba memegangnya.
“Aku terus selimutkan diri supaya dia tak boleh pegang lagi.
“Anak buah aku ni baru berusia lima tahun dan setiap kali balik kampung, memang dia suka tidur dengan aku.
“Okay je dia tidur dengan aku sebab memang aku suka budak-budak,” tambahnya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Budak umur 4 tahun mengadu mulut dicium ‘abang jahat’! Rupanya ‘kerja’ anak pengasuh, pelajar tingkatan 5
ARTIKEL BERKAITAN: Budak 12 tahun lupa padam ‘history’, kantoi layan video dewasa! Ibu saudara bimbang teruk ditibai jika mak ayah tahu
Hantaran itu mencetuskan perbincangan mengenai kepentingan pendidikan awal mengenai sentuhan selamat dan pengawasan terhadap pendedahan kandungan media kepada kanak-kanak di bawah umur.
Malah ramai memintanya supaya bertegas dan memarahi tindakan anak buahnya supaya kanak-kanak tersebut mengetahui perbuatan itu adalah satu kesalahan.
“Kenapa masa buat tu, tak lempang dan maklumkan pada ibu bapa dia tentang perbuatannya itu salah.
“Mesti ada orang dewasa pernah dedahkan perkara itu pada dia, nanti dah besar jadi hiperseks pula,” demikian reaksi netizen.





