SUDAH menjadi tradisi, kanak-kanak akan berkunjung ke rumah jiran tetangga bagi mengumpul duit raya di samping menikmati juadah yang pelbagai.
Namun lain pula kisahnya dengan dua sekawan ini apabila mereka mempunyai motif tersembunyi ketika beraya.
Gelagat dan tingkah laku mereka itu dikongsikan seorang wanita yang terhibur dengan kejujuran dua sahabat berkenaan.






