SEMANGAT mahu menyambut Aidilfitri dengan tenang bertukar sebaliknya apabila seorang pemuda berdepan situasi kurang menyenangkan membabitkan rakannya yang dianggap sebagai pentingkan diri.
Menerusi perkongsian tangkap layar perbualan WhatsApp, rakan sekolahnya itu tanpa segan silu meminta untuk bertukar kereta selama lima hari sepanjang musim perayaan.
Rakannya itu memberi alasan memerlukan kenderaan lebih besar demi keselesaan isteri yang baru bersalin serta anak-anaknya untuk pulang beraya ke kampung.

Belajarlah bersyukur dengan segala yang kita miliki. -Gambar hiasan AI





