PENYANYI Datin Alyah mengaku perlu sentiasa tampil dengan lagu-lagu baharu agar namanya kekal relevan dalam industri seni.
Namun, tidak dinafikan timbul kegusaran dalam dirinya untuk mencari karya yang dapat memikat telinga pendengar, terutama golongan muda.
Menurut Alyah atau Noor Hasliah Abu Hasan, 45, setiap lagu baharu yang dikeluarkan merupakan satu tanda perjuangan seorang anak seni terhadap muzik.

Alyah pasang strategi agar nama terus dikenali.






