ISU tempat tidur, kepentingan menjaga aurat bagi kaum wanita dan pergaulan sesama ipar duai sering menjadi topik hangat setiap kali tibanya hari raya.
Ada sesetengah keluarga memandang ringan perkara tersebut sehingga menyebabkan ramai berasa tidak selesa pulang ke kampung.
Sejak mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham suami 17 tahun lalu, wanita ini tidak berdepan situasi tersebut kerana wujud sikap toleransi dalam keluarga mentuanya.






