DALAM kesedihan menyambut Hari Raya Aidilfitri, penyanyi Khai Bahar memberitahu 1 Syawal tetap diraikan meskipun kali ini merupakan tahun pertama tanpa ibu dan bapa tercinta.
Bagi Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 32, sambutan hari raya akan menjadi lebih bermakna apabila ia dapat dikongsikan dengan orang tersayang yang masih berada di sisinya.
“Sejak awal fikir tentang sambutan raya, saya sendiri tak tahu bagaimana nak hadap. Tapi kena ‘redah’ sahaja. Memang tak buat apa-apa persiapan untuk raya kali ini.

Gambar kenangan Khai bersama arwah ibu.






