SETIAP anak pastinya mahu berbakti kepada ibu bapanya agar mereka tidak hidup dalam kesempitan di usia tua.
Namun malang bagi pemuda ini, pengorbanan dilakukan bukan sahaja tidak dihargai malah memakan diri sendiri.
Berkongsi cerita, ujar pemuda berusia 29 tahun ini, bantuan kewangan berterusan kepada ibu bapanya menyebabkan dia kini dibebani hutang yang tinggi.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Lebih menakutkan, apabila dia turut diburu pengutip hutang.

Setiap individu mempunyai impian dan azam yang ingin dicapai. -Gambar hiasan AI
“Kita anak serba salah, dah tolong banyak sampai makan diri, tapi mak ayah still ungkit kata tidak cukup, tidak bagi… sampai nak mula hidup sendiri tidak boleh.
“Adik-beradik semua dah keluar dari rumah dan selalu suruh aku keluar tapi aku masih dekat rumah sebab tempat kerja dekat.
“Aku anak lelaki sulung 29 tahun, eksekutif kilang, gaji sebulan RM3,500 tapi sebab banyak bagi pinjam tapi tidak pernah dibayar balik, aku kereta pun belum ada,” luahnya di Threads.
- Pemuda 29 tahun tanggung hutang besar demi bantu keluarga.
- Dakwa pinjamkan RM10,000 kepada ibu tetapi belum dibayar balik.
- Kini diburu pengutip hutang hingga diugut.
- Tekanan kewangan buatkan dia beraya sendirian dalam bilik.
- Netizen nasihat supaya bertegas dan utamakan diri sendiri.
Lebih memilukan, dia mendakwa meminjamkan wang sebanyak RM10,000 kepada ibunya yang sehingga kini masih belum dilunaskan.
Situasi itu menyebabkan dia pula yang terpaksa menanggung komitmen faedah bulanan daripada pinjaman tersebut.
“Hutang loan, kad kredit dan macam-macam hutang bukan untuk diri sendiri tapi untuk mak sehingga sentiasa dikejar pengutip hutang.
“Ada sampai datang rumah, ugut pukul, bunuh tapi apa aku boleh buat?” luahnya pilu.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita hampir masuk ‘jerat’… Bakal suami dipaksa buat loan RM100,000, rupanya keluarga kekasih nak bayar hutang ah long
ARTIKEL BERKAITAN: Mahu besarkan rumah, anak dipaksa buat ‘loan’! Gadis letih jadi pembayar hutang ibu – “Baru cakap tak nak, dah masam muka”
Bebanan kewangan dialami membuatkan dia tidak dapat meraikan Aidilfitri seperti insan lain kerana terpaksa berkurung di dalam bilik bagi mengelakkan diri dikejar pengutip hutang.
“Hari ini Hari Raya Aidilfitri tapi aku memang duduk dalam bilik, nak keluar tiada duit, tiada kawan.
“Hanya duduk rumah sambil takut ada pengutip hutang datang kacau,” tambahnya.
Menurutnya, meskipun sudah banyak berkorban, si ibu didakwa seolah-olah tidak memahami kesukaran dihadapi apabila dia masih dipaksa untuk membuat pinjaman perniagaan sebanyak RM60,000.

Reaksi netizen.
“Mak asyik push aku buat pinjaman perniagaan untuk dia RM60,000 supaya boleh langsaikan semua hutang dia.
“Aku sebagai anak dah dapat label derhaka sebab melawan, aku sekarang tiada pilihan melainkan keluar rumah.
“Tapi dengan hutang macam ni, aku pun sangkut sebab bilik sewa sekarang RM700 hingga RM800 sebulan,” luahnya sayu.
Kisah ini mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya bersimpati dan memintanya agar bertegas demi kelangsungan hidup sendiri sebelum keadaan menjadi lebih parah.





