PENYANYI Datuk Jamal Abdillah mengakui setiap kali tiba Syawal, jadualnya tidak pernah kosong kerana dipenuhi dengan undangan persembahan di pelbagai lokasi.
Menurut Jamal atau Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 67, isteri serta ahli keluarga memahami komitmennya sebagai anak seni dan sentiasa memberi sokongan untuk dia terus memenuhi undangan bagi menghiburkan peminat.
“Sebagai artis saya memang akan berhari raya di atas pentas. Sudah biasa begitu sebab banyak undangan rumah terbuka. Ia menjadi kerja saya setiap tahun.

Isteri memahami jadual kerja Jamal.






