ANAK kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mengakui sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dirasai kini tidak lagi semeriah seperti ketika zaman kanak-kanaknya.
Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 20, berkata perubahan itu paling terasa apabila suasana berkumpul bersama keluarga semakin berkurangan berbanding dahulu.

Cik B (kanan) hanya beraya bersama ibu (kiri) dan adik.
“Sekarang ini saya rasa seperti tiada lagi perkara yang menggembirakan macam zaman kanak-kanak. Berkumpul dengan keluarga pun dah tak meriah macam dulu.






