KEMERIAHAN sambutan Aidilfitri bagi pelakon Muaz Zabir tidak lagi sama sejak pemergian bapanya akibat kemalangan pada tahun 2019.
Menurut Muaz, 28, walaupun sudah tujuh tahun berlalu, suasana hari raya tetap terasa kosong tanpa kehadiran arwah yang sebelum ini menjadi individu penting dalam keluarga.
"Tahun ini tahun ketujuh saya beraya tanpa ayah. Tetap rasa kosong walaupun dah lama sebab dia penting dalam keluarga. Setiap kali raya orang memang nak jumpa dia.

Muaz setiap tahun akan beraya bersama ibu di kampung.






