TAHUN pertama menyambut Aidilfitri selepas dikenali sebagai selebriti, pelakon Zairi Aziz tetap memilih untuk meraikannya secara sederhana bersama keluarga tercinta.
Menurut Zairi, 23, walaupun kini semakin dikenali ramai, cara dia menyambut hari raya masih sama seperti dahulu dan tidak banyak berubah.
“Sebenarnya sama sahaja, saya akan smabut dengan keluarga, selepas itu barulah saya akan pergi rumah kawan dan lain-lain. Saya akan beraya dekat Hulu Langat, Selangor.

Zairi sambut perayaan Aidilfitri sama seperti sebelum ini.





