PENGALAMAN membesar dalam keluarga yang berpisah membuatkan pelakon Emma Maembong menyimpan satu impian yang tidak pernah tercapai iaitu merakam foto keluarga lengkap bersama ibu dan bapanya.
Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 32, berkata walaupun kehidupannya bahagia, namun setiap kali menjelang Aidilfitri dia tetap menyimpan keinginan untuk merakam momen indah itu sebagai kenangan.
"Saya juga datang daripada keluarga yang berpisah, jadi saya tahu bagaimana rasanya apabila perlu bertukar lokasi dan bertukar baju setiap kali raya.

Foto keluarga Emma tak pernah lengkap.






