SIKAP pilih kasih sememangnya berlaku dalam kalangan keluarga tidak kira membabitkan dalam kalangan adik-beradik mahu pun cucu.
Seperti kisah seorang lelaki ini, dia bukan sahaja menerima layanan berbeza daripada ibu sendiri malah anaknya turut menjadi mangsa sama.
Cerita isteri lelaki tersebut, suaminya berkecil hati dengan layanan ‘double standard’ ibunya berhubung isu pemberian bunga api kepada cucu.






