PENYAMPAI radio Sharifah Aleya meluahkan rasa marah terhadap sikap seorang lelaki yang didakwa tidak bertanggungjawab terhadap keluarga sehingga mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.
Menerusi hantaran di Threads, Aleya atau nama sebenarnya Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 44, berkata individu berkenaan seolah-olah tidak mengakui kesalahan sendiri selain tidak bercakap mengikut realiti.
“Kau punya berlagak serupa tidak buat salah, tak lari daripada bayar nafkah, tidak cuba mengayat bini orang.
Hantaran Sharifah Aleya di Threads miliknya.

Aleya umum bercerai dengan bekas suami pada 12 Februari lalu. 



