SERONOK melakukan persiapan menyambut Aidilfitri, penyanyi Nubhan mengakui keutamaannya setiap tahun adalah memastikan anak-anak gembira menyambut 1 Syawal.
Menurut Nubhan atau Ahmad Nubhan Ahamad, 40, segala kelengkapan termasuk pakaian baharu dibuat mengikut pilihan tiga cahaya matanya yang masing-masing mempunyai cita rasa tersendiri.
"Persiapan untuk anak-anak memang saya buat awal. Bagi saya, apa sahaja yang boleh buat mereka gembira, saya akan cuba tunaikan.







