KEBIASAANNYA menjelang Aidilfitri, topik ‘rayak mana’ menjadi perbualan malah perdebatan hangat bagi pasangan suami isteri.
Namun, lain pula kisahnya bagi seorang wanita ini apabila dia dan suami sepakat untuk tidak pulang ke kampung kedua-dua belah pihak pada tahun ini.
Ini disebabkan situasinya yang sedang sarat hamil sembilan bulan membataskan pergerakan untuk jarak jauh selain menanti masa bersalin.






