SIAPA sangka pelakon Erysha Emyra rupa-rupanya seorang yang introvert dan tidak gemar bercakap dengan ramai orang sebelum menceburi bidang seni.
Bagaimanapun Erysha atau Nur Erysha Emyra Zakaria, 27, berkata sejak dikenali dia perlu menyesuaikan diri terhadap persekitaran, lebih-lebih lagi ketika pulang ke kampung halaman di Kelantan pada musim perayaan.

“Saya sebenarnya seorang yang sangat introvert. Kalau dulu balik Kelantan atau balik raya ke mana-mana, saya banyak diam sahaja.






