PELAKON Erysha Emyra berdepan ujian sebelum menyambut 1 Syawal apabila kediaman milik keluarganya dipecah masuk perompak.
Berkongsi perkara itu, Erysha, 27, memberitau kejadian tersebut berlaku ketika ibu bapa dan adik-beradiknya yang lain berada dalam rumah mereka.
Rompakan tersebut menyebabkan dia mengalami kerugian kehilangan wang ringgit termasuk barangan kemas.

Erysha maklumkan keluarga dalam keadaan selamat.






