SEORANG ibu meluahkan rasa sedih dan serba salah selepas anak remajanya membangkit isu pilih kasih dalam keluarga.
Ujar wanita itu, remaja lelaki berusia 13 tahun itu secara terbuka mempersoalkan mengapa permintaannya untuk memakai baju Melayu daripada jenama tertentu tidak layak dipenuhi.
Ini kerana si ibu memilih untuk membeli pakaian lebih murah selepas mendengar nasihat suami yang berpendapat anak mereka masih kecil dan tidak perlu mengikut jenama.

Setiap daripada kita inginkan pakaian baharu semasa menyambut Aidilfitri. -Gambar hiasan AI





