SEORANG wanita melahirkan rasa kurang senang dengan tindakan abang iparnya menegur tentang cara dia membesarkan anak khususnya dalam soal penyediaan makanan yang sihat dan berkhasiat.
Menerusi satu perkongsian di media sosial, wanita berkenaan meluahkan rasa kecewa selepas tindakannya memberi anak kecilnya makan buah naga dipersoalkan.
“Aku bagi anak makan buah naga putih, abang ipar aku dengan bangganya cakap kuat-kuat… siapa bagi ini, dia ini tak boleh makan buah naga. Aku jerit balik, kenapa tak boleh?

Setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri menjaga dalam membesarkan anak-anak. -Gambar hiasan AI





