MEMBESAR sebagai anak kepada seorang guru yang budiman memberi pengalaman luar biasa setiap kali menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Berkongsi cerita di Thread, seorang lelaki berkata kediamannya seperti lokasi acara rumah terbuka apabila dikunjungi ratusan bekas pelajar ibunya.
Menurutnya, ibunya adalah seorang guru yang berkhidmat di sekolah sama sejak mula bekerja sehingga bersara selepas lebih 35 tahun mengajar di sebuah pekan kecil.

Mengemas rumah antara perkara wajib bagi menyambut kehadiran tetamu. -Gambar hiasan AI



