Hiburan

Malaysia peruntuk RM300 juta untuk rebat filem, sasar jadi hab penggambaran utama Asia Tenggara

MALAYSIA mengambil langkah besar untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi penggambaran utama di Asia Tenggara apabila kerajaan memperuntukkan RM300 juta untuk program Film in Malaysia Incentive (FIMI) bagi tempoh lima tahun akan datang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadananan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, komitmen itu menunjukkan hasrat Malaysia menarik lebih banyak produksi filem dan televisyen antarabangsa melalui rebat kompetitif, sokongan pengeluaran mantap, dan ekosistem kreatif yang berkembang pesat.

“Program FIMI memberi peluang kepada produksi tempatan dan antarabangsa untuk mendapatkan insentif kewangan, sambil disokong oleh kru tempatan yang berpengalaman, infrastruktur pengeluaran moden dan lokasi penggambaran daripada bandar moden hingga ke landskap semula jadi yang menawan,” katanya.

Ekosistem pengeluaran filem semakin kukuh dengan gabungan bakat tempatan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh