JUARA program realiti Talk To My Manager (TTMM), Marsya Qistina tampil memberi penjelasan selepas ada pihak mendakwa dia kurang menerima tawaran persembahan berbanding rakan peserta lain.
Mengakui perkara tersebut berlaku, Marsya atau Marsya Qistina Mohamed Shahrin, 23, juga tidak menafikan rakan-rakan lain mempunyai kelebihan kerana nama mereka sudah dikenali sebelum program berkenaan.
“Soal tak dapat tawaran persembahan itu, sejujurnya ya memang kuranglah kalau nak dibandingkan dengan Auddra dan Thalita. Tapi mungkin salah satu sebabnya sebelum TTMM mereka memang sudah dikenali.

Marsya (kiri) merupakan juara TTMM musim pertama.






