BENARLAH ketagihan terhadap pornografi dan bahan lucah bukan sahaja merosakkan individu tetapi hubungan suami-isteri.
Itu juga dilalui seorang wanita yang sudah mati ‘rasa’ terhadap suaminya yang kerap menonton video lucah sehingga memberi kesan kepada rumah tangga mereka.
Kata wanita itu, dia tidak dapat menahan diri daripada berasa jijik setiap kali bersama suami sebab membayangkan lelaki itu mungkin teringat tentang video lucah yang ditonton.






