PEMPENGARUH dan pelakon Aizat Saha tidak berhasrat menceburi bidang nyanyian walaupun ramai artis sepertinya kini menghasilkan lagu.
Malah kata Aizat, 30, meskipun menerima beberapa tawaran untuk merakamkan lagu, dia terpaksa menolaknya kerana tidak mahu memalukan diri sendiri.
“Saya hanya buat apa yang boleh dan mampu. Jika tidak mampu, saya memang tidak akan buat sebab tidak mahu memalukan diri sendiri.

Aizat bagaimanapun menghormati pilihan orang lain.





