RAMAI di antara kita sudah memohon cuti lebih awal agar dapat pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dengan tenang.
Namun lain pula dengan kisah lelaki ini, walaupun cutinya sudah diluluskan namun rakan sepejabatnya tanpa segan silu meminta dia menukar tarikh tersebut.
Dia diminta berbuat demikian disebabkan rakannya itu lewat memohon cuti hari raya namun dia enggan menurut dengan permintaan tersebut walaupun teman sepejabatnya itu merayu dan menangis teresak-esak.






